[review] Nur Kasih The Movie |
Assalamualaikum..
Sudah agak lambat juga rasanya untuk aku buat review ni sebab aku pegi tengok pun hari Jumaat lepas.. Hehehe.. Aku balik rumah kakak aku, tu yang tak boleh nak update minggu tu jugak :) Aku pegi tengok dengan BFF tersayang, cik Yusro.hehehee... Aku excited sangat nak tengok sebab aku dah memang follow drama bersiri dia dulu kat tv. Walaupun tension2 dengan watak si Sarah tu, tapi aku suka plot ceritanya. Aku ni memang tak layan drama dan filem2 Melayu melainkan cte2 arahan Kabir Bhatia, Mamat Khalid, Afdlin Shauki, KRU. Hahahaha..aku suka cita2 dorang ni sebab unik, ada mesej yang tersendiri. Selebihnya tu sorry la yee... Box-office mcm mana pun aku tak tengok kalau aku tak suka :P Lagi aku suka tengok katun2, cita2 yang Jacky Chan blakon, aksi2 gitu. Hahaha..

Filem Nur Kasih The Movie ni merupakan kesinambungan kepada drama bersiri Nur Kasih yang popular 2 tahun lepas (kalau tak silap aku). Filem ni merupakan sambungan kisah cinta, pengorbanan dan kasih sayang antara Nur Amina-Adam, Aidil dan Hajjah. Plot nya ok, tak terlampau slow dan tak terlampau laju. Scenery dia sangat cantikkk okeh. Ye, cite Kabir Bhatia mmg semua macam tu. Drama Gemilang dan Juvana pun mcam tu. Tapi aku tak berkesempatan nak tengok sebab ada di kampus- malas nak turun tengok tv. :D

Watak Adam lebih matang berbanding dalam drama. Ini kerana dia sudah berubah menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya terhadap Nur dulu. Watak Nur Amina tak banyak berubah, seorang yang cekal dan tabah menghadapi dugaan. Aku suka tudung2 Nur :D Watak Aidil pun tak banyak berubah. Aidil diuji dengan kehilangan isteri tersayang. Aidil berjanji kepada Adam untuk menjaga Nur selagi beliau masih hidup :') Beberapa watak baru wujud dalam filem ini yang aku rasa tak de effect sangat pun. Hehehe~

Skrip filem ni best! Banyak ayat2 indah dan pengajaran untuk kita sebagai penonton. Contohnya, sikap prejudis masyarakat terhadap remaja2 bermasalah. Ini membuatkan kita terfikir adakah kita seperti orang itu yang begitu sempit pemikirannya.. Fikir-fikirkanlah ;)
Overall aku bagi 4/5 untuk filem ni sebab mana de filem yang perfect kan. Hehehe~ Tapi filem ni telah berjaya membuatkan aku menangis dalam wayang. First time kot :') Tengah khusyuk sekali air mata mengalir membasahi pipi.. Cik Yusro sebelah aku pun sama.. Heee~
Apa-apapun, berbaloi lah tengok filem ni di pawagam! :D
"Selagi abang masih hidup, selagi itu abang akan jaga Nur. Itu janji abang pada Adam" :')
Till next updates!!
Wassalam ;)
pic credit to:
Nur Kasih The Movie FB