It's holidays!!!! |
Assalamualaikum...
Lama beno aku tak menulis ye. Sepanjang 2 bulan short semester kot. Ini semua sebab router kat block aku tu rosak dan tak de apa2 tindakan. Tiada lagi "Excellent" connection macam awal2 masuk dulu :(
YESSSSSSSS!!!! Aku baru sahaja habis short semester sesi 2010/2011 pada 30/6 lepas. Sukanya tak terhingga. Hehehe... Yala, rindu rumah sangat2 kot... Kalau study plan aku tak kelam kabut macam sekarang, tak de nye aku nak amek short sem ni. Orang bagi cuti, cuti rehat la kan. At least awal2 cuti tu boleh la keja skit2. Lepas tu rehat. Sekarang aku cuti 2 bulan, dari bulan 7 sampai bulan 9. So, jangan harap nak keja ye. It's time for me to rest, rest and rest. Banyak plan aku buat sepanjang cuti ni. Aku nak tambah skills seperti basic menjahit, aku nak pegi baking class, improve my cooking skills di samping dok rumah mendownload je kejenye... Lepas tu tolong abah berkebun, teman mama tengok tv.. Ngeee~~ :)
Hehehe.. Lepas tu pulak, insyaAllah aku nak buat transformation. Dah lama aku pikir ni sebenarnya. Hati aku antara ya atau tak. Aku tau dugaan bertambah kalau aku amek keputusan ni, tapi baru2 ni aku terserempak kawan sekulliyah engine sudah berhijrah. Comel sangat :') InsyaAllah... Moga Allah permudahkan jalan aku :))) Dan aku terfikir, nak update something kena fikir habis2. Apa yang kita tulis ni bermanfaat ke tak, mengundang dosa ke tak. Bukanlah maksud aku nak tazkirah je setiap entry, but at least something useful for everybody. Apabila anak Adam tu meninggal, dia hanya tinggal 3 perkara; 1- ilmu yang bermanfaat, 2-amal jariah dan 3-doa anak2 yang soleh. Aku ni mengajar orang pun tak, anak2 pun tak de lagi, anak menakan ada la...heee.. Jadi, aku harap amal jariah sikit2 dan ilmu2 yang aku ada ni dapat tolong aku di akhirat kelak.. Ameeen :')
Selamat Bercuti kawan2 se-UIA~~~ Manfaatkan cuti anda!! Ni la cuti paling panjang UIA penah bagi selepas short sem... :D
p/s: adik aku pesan, selamat menggemukkan diri..hahaha :D
Till next updates~
Assalamualaikum~