Sea of Love

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

refresh Twitter Tumblr Pinterest Blogskins
tagboard
Credit
[review] Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2 |
Assalamualaikum~

5 hari menghilang ye.. Hehe.. Baru balik dari Ipoh dan KL.. Baru brapa minggu dok umah, berjalan lagi. No hal then, aku suka berjalan2. Hehehe~

Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2 telah membuka tirainya 14/7/2011 yang lalu. Alang-alang dah pegi KL tu, aku pujuk adik aku ajak g tengok Harry Potter. Adik aku dah booked hari Sabtu malam, tapi kami semua keluar makan ramai2 dan balik tu aku bodek abang aku pulak booked kan tiket. Thanx Abang.. Hehe~ And now.. pendapat aku mengenai The Epic Conclusion ini..


It All Ends... Yeah.. That's true :')

Harry, Ron dan Hermione meneruskan misi pencarian Horcrux dengan menemui Griphook, salah seekor goblin yang bekerja di Gringgot's Bank. Harry buat deal dengan Griphook supaya menolong mereka memasuki bilik simpanan Madam Lastrange yang dikatakan ada Horcrux di dalamnya. Satu demi satu Horcrux dijumpai sehinggalah ke Horcrux yang terakhir iaitu Nagini, si ular Voldermort. Untuk menghapuskan Horcrux itu, Harry mesti face-to-face dengan Voldermort. Aku terharu tengok kawan-kawan Harry berkerjasama tolong delay masa untuk Harry cari Horcrux dalam Hogwarts. :') Tak best la kalau aku cite ending dia kan. Segala persoalan yang selama ni tertanya-tanya telah terjawab. :'))

Pengarah bijak bermain dengan CGI yang pada aku sangat cantik dan WOWW dan buatkan bulu roma aku sentiasa meremang setiap kali adegan pertarungan antara Harry dan Voldermort, kawan-kawannya dengan Death Eaters. Kemunculan dragon semasa mereka nak melarikan diri dari Gringgot's Bank buat aku kagum dengan teknik CGI nya. Walaupun aku dah tahu ending nya sebab kawan aku ada ceritakan, tapi aku tak sangka pengarah 'realiti'kannya. Sangat comel. Walaupun aku pada mulanya dah errr.. tapi kena terima hakikat tu beberapa tahun lepas tu. :'))

Walaupun aku bukanlah die-hard-fan Harry Potter, aku minat sebab membesar bersama-sama mereka. Sedekad membesar bersama. Aku ni bukan ada koleksi semua buku-buku Harry Potter, ada pun satu, dua buah je. Sangat malas nak baca okeh, lagi syiok tengok movie. Hahahaha :D Selalunya lepas tengok movie baru aku baca bukunya sebab dah boleh imagine macam mana watak ni, watak tu. Hehe~ Overall, aku rate filem ni 9.5/10, bleh? Hahaha.. Aku punya pendapat hanya based on aku tengok filem ja and aku rasa buku mesti lagi best kan? :)

My favourite quote; "Albus Severus Potter, you named after two great headmasters, soon there will be a great wizard in Slytherin" :')))

Till next updates~
Assalamualaikum ;)
Post a Comment