Tahun Baru 2012 dan Final Exam |
Assalamualaikum!
Saya kembali setelah hampir 3 bulan tidak menjenguk blog ini. Ya, sejak saya kembali ke UIA untuk semester baru dan sejak itulah blog ni tak berupdet. Tsk.. Saya baru memasuki Tahun 3 sem ni, jadinya agak terkejut dengan subjek2 yang sangat2 tough dan memerlukan mental dan fizikal yang kuat. Assignment, projek, lab, dan quizzes setiap minggu sehinggakan setiap hari ada 2 hingga 3 quiz. Itulah UIA ;) Kami dilatih menjadi tabah dan kuat dengan sistem ni. InsyaAllah :D Alhamdulillah, sem ni dah sampai ke penghujung, mesti lah ada final sebagai penutup nya kan? Time2 final ni la semuanya dirasakan tak cukup. Tido yang biasanya 5-6 jam dah tak cukup musim2 exam ni. Saya baru selesai 2 paper, lagi 3 paper menanti. Baru2 ni paper Maths 5 pukul 9 pagi. Malam sebelumnya saya masih buat revision sehingga pukul 1.30 pagi yang saya rasa saya patut tido sebab tersangat letih. Dan saya terjaga pada pukul 5.30 pagi -.-" Paper Maths buatkan saya tak lena tido. Alhamdulillah dapat merehatkan otak walaupun hanya beberapa jam saja. Dan esoknya selepas exam kepala saya sangat sakit sebab tido tak cukup+memerah otak selama 3 jam di dewan exam. hurrr~
Macam2 terjadi sepanjang sem ini. Menjadi pelajar 3rd year buatkan saya rasa sedikit matang berbanding dulu. Haha.. Yeke? :P Hanya saya yang paham apa perubahannya.. Bersama2 BFF saya, Yusro kami kadang2 recall balik pengalaman2 kami sepanjang di sini. Memang masa tu kami tak matang :P Sekarang kami dah tak de masa nk pkir pasal2 tu lagi. Study first ^___^ Saya tau awak msti dah tau sape saya, it's awkward u know. T.T
Selamat study kawan2... Semoga apa yang kita study tu diberkati Allah.. Semoga dipermudahkan apa yang susah. Rabbuna yusahhil umuruna.. Rabbi yassir wala tu'assir fil imtihan... Ameen ameen ^^ Strive for the Ummah!!!
Tahun bertambah lagi.. semoga bertambah amal seiring dengan peningkatan usia..ameen!
Till next updates~ after 13/1 insyaAllah ;D
Wasssalam~~