Sea of Love

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

refresh Twitter Tumblr Pinterest Blogskins
tagboard
Credit
Internship dan Saya |
Assalamualaikum..

Bismillah pembuka kata. Dah berbulan-bulan blog ni tak ku jenguk. Tiada alasan lagi Amanina! T__T Sesungguhnya sejak duduk kat rumah ni banyak je idea tu datang tapi.. kesuntukan masa. Ye. I'm bad in this. Sudah masuk minggu keempat aku memulakan latihan industri (LI) atau UIA guna istilah Engineering Industrial Training (EIT). Sama je kan maksudnya. Aku telah melapor diri di TM Alor Setar pada 13/06/2012 lepas. Confidentnya perasaan ni sebab ingat tak kena transfer pi mana-mana tempat lain. Berbaju kurung biru polkadot dan bertudung biru, aku melangkah turun dari kereta ke pintu utama Kompleks TM. Adik aku hantar pagi tu sebab dia nak ke gym lepas hantar aku. Perasaan gusar, resah, blur dapat ku sembunyikan dengan senyuman yang ku berikan kat semua staf yang melalui pintu itu. Aku sampai dalam pukul 8.15 pagi. Masih awal. Aku tunggu sehingga pukul 8.25 dan inform makcik guard kat bawah tu aku nak ke tingkat 4 untuk lapor diri. Ya, aku keseorangan pagi itu. Aku dapat tahu dari Hadi yang dia dengan Kamarul lambat sikit nak lapor diri. Jadi, aku teruskan kaki melangkah ke tingkat 4.

Aku menunggu di lobby tingkat 4 dan hanya senyum, senyum dan senyum dekat staf yang baru masuk pejabat ==" Dah 8.30, aku taktau nak tuju kat siapa, aku masuk dan cari kelibat siapa yang boleh aku tanya. Aku nampak seorang sister yang macam sebaya aku sedang susun surat-surat di rak surat. Aku cakap aku nak lapor diri untuk praktikal. Dia membawa aku ke mejanya dan memberikan aku sekeping borang untuk diisi. Aku tunggu dalam setengah jam jugak untuk dia siapkan ID card kami trainee TM. Kemudian, sister tu keluar dan menghulurkan aku sekeping surat.

"Alamat Jitra kan? Nah. Awak boleh lapor diri kat TM Jitra. Bawak surat ni kat sana k."
"Erk. Jitra? Bukan sini?"
"Bukan."
"TM Jitra tu kat mana? Yang dekat Mahkamah tu ka?"
"Hehehe.. tak tau"

Aku meninggalkan pejabat HR dengan muka yang blur dan agak tension jugak. Sebab, aku tak expect kena pegi sana so aku tak drive pagi tu. Lepas tu, dah sah-sah aku sorang kat sana kan. Aku turun tunggu kat bawah. Call call call Mama, Abah dan adik aku. Seriyes aku blur gila time tu. T__T Masih terkejut. Aku expect kalau kat TM Aloq Setaq ni ada la jugak kawan se-UIA. Lama jugak aku tunggu adik aku mai balik. Dalam perjalanan, slow-slow aku fikir aku beruntung sebab dapat dekat. Abah kata, baguih la. dekat sikit. Ya, 10 minit perjalanan dari rumah. Ikut jalan kampung terus sampai. Tak payah pakai seat belt pun tak pa. Heh.



Aku sampai kat TM Jitra dalam pukul 11 kalau tak silap aku. Allah. Dhaifnya bangunan ni. Sedih rasa hati. Tapi aku positifkan dalam hati. Tunggu hikmah Allah nak bagi :) Aku tanya pak guard, aku nak jumpa Encik Rosli (bos TM Jitra). Pak guard tu cakap, naik lif kat hujung tu dik. Aku dengan blur-blur lagi sampai dekat lif tu. Ada 4 tingkat. Tingkat mana yang patut aku pi? T__T Aku cakap kat adik aku, takpa la. Pi la balik. Aku okay. Lepastu baru dia balik lepas tengok aku dah naik atas. Dekat bawah tu, aku dengar ada suara makcik-makcik sedang bersembang dari tingkat 1. Aku naik tangga dan tengok makcik-makcik tu tengah makan buah rehat-rehat. Staf TM kot. Depa pakai uniform TM.  


"Assalamualaikum Puan. Saya nak lapor diri untuk praktikal. Saya nak jumpa Encik Rosli."
"Encik Rosli takdak dik. Jom-jom jumpa Mr Tan."


Aku membuntuti Puan tersebut masuk ke dalam pejabat dan terus ke bahagian belakang. Ada seorang Pakcik sedang menghadap komputer dan seorang Uncle. Ni la Mr Tan. Puan tersebut memperkenalkan aku dekat Mr Tan tu dan Mr Tan tu tersenyum melihat aku. Aku dengan muka nervous2 lagi kot. Beliau suruh aku duduk di hadapannya dan beliau meneliti surat yang aku bawak tu. Bla bla bla yang ditanyanya kepada aku. Beliau kemudian brief sikit kat aku pasal organisasi TM Jitra ni. Beliau fotostat macam-macam bagi kat aku. Terharu :') Tunjukkan surau kat mana, macam mana nak punch in dan punch out, makan macam mana dan lastly berkenalan dengan staf-staf lain. Aku hanya senyum dan jawab apa yang ditanya mereka. Memula nak buat macam Korean style la kan. Bow down gitu. Tapi tak terbuat lak. HAHAHA. Yoroshiku onegaishimasu! :D 

Selesai briefing, aku duduk di dalam pejabat yang di dalamnya terdapat Main Distribution Frame (MDF). Ramai staf tak dak masa tu kerana berkursus di Taiping. Aku duduk berdekatan Makcik-makcik tu dan kena lah aku meringkankan mulut bertanya serba sedikit. ==" Aku yang takdak pengalaman kerja ni membahasakan diri depa Puan. Aku panggil Puan. Puan kerja berapa lama dah. Puan tu. Puan ni. Walaupun hakikatnya aku segan gak nak guna Puan Puan tu. Then makcik tu cakap, takpayah nak Puan-puan la. Panggil ja Makcik. Kami ni sebaya mak kamu ja ni. Auch. I'm touched :'))) Rasa dialu-alukan. Tak rasa segan. Hari pertama aku berlalu dengan agak lambat. Kira jam la orang katakan :D Dengan berbaju kurung, tak sesuai la hang nak panjat-panjat tangga pasang jumper kan. HAHA. Makcik Hajar pesan, esok pakai seluaq k. Senang nak buat keja. Orait makcik! Hehe.. Aku ikut-ikut belajar pasang jumper dari Pakcik Shukor dan rakan sepraktikal aku yang masuk lama dah dari aku, Siti. Semua trainee kat sini kena buat jadual untuk senang dan lebih bersistematik. Ada 5 unit kat sini, MDF, SAF, ADSL, Access Copper dan Access Fiber. Jadi, tiap-tiap minggu switch2 unit sampai la habis. InsyaAllah :)

Semoga Allah permudahkan urusan aku sepanjang di sini.. Ameen ^^

To be continued~

p/s: gambaq akan ku hapload nanti. semua ada dalam kamera yang tak ditransfer-transfer lagi :D


Labels:

Post a Comment