Bermusafir dan berziarah |
Assalamualaikum~
Annyeong haseyo? Kaifa hal? How are you? Hehehe.. Mula la kan nak melalut malam-malam ni. Tengah-tengah layan Running Man tiba-tiba mai idea nak berkongsi sikit mengenai musafir dan ziarah aku dengan Abah dan Mama ke Parit Buntar, Perak.
Kami bertolak petang kelmarin, selepas aku balik dari keje. Nak jimat masa, aku tak drive kelmarin. Jadi, Abah amek dan kami bertolak terus. Hujan lebat dari Kedah hingga ke Gurun membuatkan Abah tak berani nak speed up di highway. Abah kena meng-observe studentnya mengajar di sini. Macam lecturer2 lain gak, kena tengok student2 depa praktikal. Macam Abah, bidangnya pendidikan, jadinya semuanya di sekolah2 la. Perjalanan 2 jam dari Jitra ke Parit Buntar terasa sekejap, sempat berbuka puasa di sana :) Alhamdulillah. Nak ke Parit Buntar kena exit highway ikut Bandar Baharu, Kedah. Then akan sampai sempadan Bandar Baharu- Parit Buntar yang hanya dipisahkan dengan Sungai Kerian. Menarik. Kami menginap di Perak, dinner di Kedah, lunch esoknya di Pulau Pinang :) Sempadan 3 negeri.
Tengah harinya sebelum berangkat pulang, student2 Abah ajak lunch sama2 di Kari Corner. Oh ya, student Abah yg sorang ni seorang Guru Besar berbangsa Cina. Baik sangat. Cikgu Tan namanya. Abah kata, Cikgu ni selalu message Abah tanya bila Haji nak datang Parit Buntar. Ni Abah dah datang, disambutnya dengan berbesar hati. :') Cikgu Tan kata, kami orang Cina kena ingat dekat cikgu2. Untung jadi pokok cikgu, buah-buahnya bertaburan sana-sini :')) Aku memikirkan kembali kata-kata Cikgu Tan itu. Memang ada benarnya. Ke mana sahaja kami pergi, mesti Abah ada anak-anak muridnya tak kira lah dari zaman Abah mengajar di sekolah2 hinggalah student2 universiti dari doktor, lawyer, businessman, cikgu dan macam2 lagi. Untung jadi cikgu. Pahalanya bercambah2 selagi ilmu2 itu digunakan :) Sama gak dengan Mama. Kadang2 terjumpa anak2 muridnya di sana sini, yang tolong bayarkan makan kami la, bagi diskaun la. *terharu* Buat masa sekarang kami 4 beradik masih tak nampak sorang pun yang akan mengikut jejak langkah Mama atau Abah sebagai pendidik. Hehe. Kakak sebagai Claims Exec, Abang sebagai Quality Engineer dan aku dan adik aku insyaAllah engineer-to-be. Siapa tahu mungkin aku akan menjadi lecturer gak? #Eh Aku tak reti mengajar orang ==" Selalu bila aku explain kat kawan2 nanti depa pening lagi #HAHA
Dalam perjalanan pulang, Mama request kat Abah ajak singgah rumah Tok Mami di Kulim. Tok Mami ni mak sedara Mama, arwah suami Tok Mami adalah adik kepada mak Mama yakni tok aku. #pening Aku pun dah lama tak ziarah Tok Mami ni. Kalau tak silap aku, masa aku sekolah menengah kot? Rumahnya masih cantik dengan pokok2 bunga penuh di halaman rumah. Tok Mami tinggal dengan bibik sorang dan Tok Mami jugak menjaga emaknya yang tak berapa sihat di situ. Anak2 Tok Mami semuanya di KL la kan. Biasa lah rumah orang tua-tua. Di dalamnya masih kemas dan cantik :) Saat beliau terpandang Mama, tacing sat dua2 orang tu :') Dari apa yang Tok Mami ceritakan, apa yang aku boleh kata lah, pentingnya ada lelaki walaupun seorang di rumah mereka. Senang nak mintak tolong drivekan ke pasar, kalau nak ke hospital ke. Tok Mami boleh aje drive tapi ya la kan.. Umurnya pun dah mencecah 69 tahun, sakit2 lutut lagi. :'( Anak2 semua jauh2 belaka, balik pun jarang2 sekali. Harap kat jiran2 je la kan :( Masa nak balik, dua2 tacing lagi. Mama kata, Tok Mami tu bukan boleh tengok Ma. Dia kira nak teriak ja la sebab tengok mama, dia teringat kat arwah tok :'(
Di saat itu, aku berharap aku nak tinggal dengan Mama dan Abah, nak jaga depa sedaya upaya aku T__T Abah pun pernah cakap masa aku awal2 praktikal dulu, keja sini ja la nanti Jik noo. Boleh teman Mama dengan Abah :') InsyaAllah Abah.. Hajat di hati memang nak duduk rumah ja. Nak berbakti dengan Abah dan Mama :)
Moga Allah redha dengan Mama dan Abah. Moga Tok Mami diberi kudrat yang kuat dan kesihatan yang baik. Ameen ^^
Wassalam~
#AnotherKaranganFromMe