Sampai di sana, student Abah jemput ke rumah dia dulu. Borak2, kami mintak diri dan cikgu tu bagi pinjam MyVi dia...wee~ Myvi oren lo~I like~~~ Ok, first time drive kt Langkawi okeh. Kami check-in kat sebuah chalet di Pantai Chenang. Not bad huh, tepi pantai.. Hehe.. Oleh kerana kami sampai pun dh maghrib, lepas mandi dan solat kuar gi makan. Huu... Mahal dan tak sedap! Haiz... Tokei sini cekik darah lol~
Balik dari jalan2, kami pun pegi la belakang chalet nak tengok pantai. Gelap amat. Hanya kedengaran suara ombak yang agak kuat. Gerun jugak dengar.. Dalam kepala fikir, ni baru ombak kecik. Macam mana la mangsa2 Tsunami dulu tu kan. Ombak setinggi pokok kelapa, setinggi bangunan.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Oleh sebab gelap, kami pun balik la semula ke chalet. Abah nak tengok bola kt restoran depan tu, tapi kebetulan ada 1 group booking wat BBQ. Kami lepak dlm bilik ja la.. Sian Abah tak leh nak tgk Portugal vs Brazil mlm tu.. Aku lak layan The Fast & the Furious: Tokyo Drift, tapi lama2 jadi menyampah sebab iklan banyak sangat. So.. tidurrrrrrrrr =____=
Keesokkan pagi, lepas solat Subuh, Abah ajak jalan2 tepi pantai.. hehe~ jom2.. Air tengah pasang. Kn ikut lagu, Air pasang pagi, surut pukul lima.. Hehehe.. Aku pun men'snap'2 gmbar sekeliling. Masa2 ni la aku sgt2 memerlukan dslr..hehe~ agak melampau, tapi aku suka. Aku nak belajar photographing~ ^^


Lepas check-out dan breakfast, kami pun bertolak ke Makam Mahsuri. Orang ramai la jugak. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5.. Murah kan, hehe.. Ada muzium, makam dan juga rumah Mahsuri. Di muzium diletakkan salahsilah Mahsuri,barang2 antaranya senjata yang digunakan untuk membunuh Mahsuri, barang2 kemas pada zaman itu, sejarah dan juga DokuDrama. Mengenai kewujudan Mahsuri ni, Wallahualam.. mungkin dia benar2 wujud tetapi mengenai darah putih yang memancut keluar tu, tidak logik sama sekali. Semua manusia berdarah merah kan.. Tula, no comment -___-
Makam Mahsuri
Conteng2
Siput kan nama dia..?? hehe~
Lepas berjalan2 di situ, kami lunch dan kemudian menuju ke Pekan Kuah. Mama borong blouse..hehe.. Aku pun rembat 1 baju ni.. Hehe~ Amek ja sbb ada org sponsor =P Kami kemudian ke Idaman Suri, sebuah tempat yang menjual pinggan mangkuk yang cun melecun dan murah2. Bukan pinggan mangkuk ja, boleh dikatakan seluruh isi rumah dijual di situ. Kaum Hawa pegi mmg mustahil la balik tangan kosong =) Mesti ada ja yang berkenan, kalau tak yang mahal, yang murah. Segala Arcopal, Pyrex, Vision dan yang sewaktu dengannya ada di situ. woot woot~~ Aku dan Abah hanya tolong tunjuk yang mana lawa dan jawab 'Ya'..hee~ Mama ada la beli sikit2... Dah lama Mama x beli pinggan mangkuk baru pun..hee~
Ok, settle suma. Kami bergerak ke Jeti Kuah dah la..Balik sudahhh~ Feri kul 5.30.. Aku teringin nak bli hp kt sini.. Mungkin murah jugak sebab kat sini semuanya murah2 sbb x dak tax.. Duty free~ Kereta separuh harga maa... Sebab tu la penduduk Langkawi semua kereta mewah ^^
Kami selamat tiba di Jeti Kuala Perlis kira2 pukul 6.30 ptg. Syukur selamat sampai.. Alhamdulillah kerana masih diberikan rezeki untuk melawat tempat orang =)
Wassalam..