Sea of Love

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

refresh Twitter Tumblr Pinterest Blogskins
tagboard
Credit
Miss this lil kid | (1)
  Chak! 

With her bicycle. tak pandai kayuh lagi. Guna kaki ja tolak :)


Termenung di pagi raya :)

all pix cr to my brothas :)

Labels:

Aidilfitri 1432H | (0)
Assalamualaikum~

Walaupun hari ni dah 4 Syawal, aku nak jugak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kat korang. Taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal ya kareem. Semoga amalan kamu dan kita diterima Allah. Kullu 'amin wa antum bikhair. Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan :) Semoga kita terus istiqamah ya dengan segala amal2 yang kita telah buat sepanjang Ramadhan yang lalu :)

Tahun ni tahun yang paling best sebab tak payah susah2 balik raya. Dok rumah je macam zaman2 sekolah :) Our theme for this year is turqoise blue. Here it goes. Our family pix. All credits to my brothas for the snap ;)

 Selamat Hari Raya! Me wearing my brotha's spec. Tak ssuaii pakai spec

Abah with his cucu kesayangan

 Mama and Abah with Khaleescha Hanna

 Me with this lil' kid. I'm fat yaw..Huahuahua

 My lil' big brotha aka my bodyguard :D

 Kid's dream 

 With Tuk Penghulu of the day, Haji Abu Hassan Othman :)

 My big brotha 

 My dongsaeng 

 My unnie aka my sista with her lali daughter. 

Salam Lebaran from us, Haji Abu Hassan dan Hajjah Badariah and family :)

Labels:

:: Langkawi :: | (2)

Salam.. Annyeong haseyo~ ^___^

Lambat ye nak update blog holiday gi Langkawi baru2 ni..hehe~ semalam aku mengalami kemalasan atau dlm erti kata lain tak dak mood..hee... Ok, mari kita mulakan story telling kita..

Pada hari Jumaat yang lepas, aku sekeluarga bertolak ke Pulau Langkawi, Bandar Pelancongan.. Tahun lepas pun pi jugak, kalau x silap aku masa cuti 3 bulan dulu..

Ok.. Feri kami pukul 4.30, ok la..x la lewat sangat.. Kami sampai di Pulau Langkawi kira2 pukul 5.45 ptg.. Sejam jugak perjalanan dari Jeti Kuala Perlis.


Abah & Mama masa tunggu feri

Sampai di sana, student Abah jemput ke rumah dia dulu. Borak2, kami mintak diri dan cikgu tu bagi pinjam MyVi dia...wee~ Myvi oren lo~I like~~~ Ok, first time drive kt Langkawi okeh. Kami check-in kat sebuah chalet di Pantai Chenang. Not bad huh, tepi pantai.. Hehe.. Oleh kerana kami sampai pun dh maghrib, lepas mandi dan solat kuar gi makan. Huu... Mahal dan tak sedap! Haiz... Tokei sini cekik darah lol~

Balik dari jalan2, kami pun pegi la belakang chalet nak tengok pantai. Gelap amat. Hanya kedengaran suara ombak yang agak kuat. Gerun jugak dengar.. Dalam kepala fikir, ni baru ombak kecik. Macam mana la mangsa2 Tsunami dulu tu kan. Ombak setinggi pokok kelapa, setinggi bangunan.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Oleh sebab gelap, kami pun balik la semula ke chalet. Abah nak tengok bola kt restoran depan tu, tapi kebetulan ada 1 group booking wat BBQ. Kami lepak dlm bilik ja la.. Sian Abah tak leh nak tgk Portugal vs Brazil mlm tu.. Aku lak layan The Fast & the Furious: Tokyo Drift, tapi lama2 jadi menyampah sebab iklan banyak sangat. So.. tidurrrrrrrrr =____=

Keesokkan pagi, lepas solat Subuh, Abah ajak jalan2 tepi pantai.. hehe~ jom2.. Air tengah pasang. Kn ikut lagu, Air pasang pagi, surut pukul lima.. Hehehe.. Aku pun men'snap'2 gmbar sekeliling. Masa2 ni la aku sgt2 memerlukan dslr..hehe~ agak melampau, tapi aku suka. Aku nak belajar photographing~ ^^






Lepas check-out dan breakfast, kami pun bertolak ke Makam Mahsuri. Orang ramai la jugak. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5.. Murah kan, hehe.. Ada muzium, makam dan juga rumah Mahsuri. Di muzium diletakkan salahsilah Mahsuri,barang2 antaranya senjata yang digunakan untuk membunuh Mahsuri, barang2 kemas pada zaman itu, sejarah dan juga DokuDrama. Mengenai kewujudan Mahsuri ni, Wallahualam.. mungkin dia benar2 wujud tetapi mengenai darah putih yang memancut keluar tu, tidak logik sama sekali. Semua manusia berdarah merah kan.. Tula, no comment -___-

Makam Mahsuri


Conteng2

Siput kan nama dia..?? hehe~

Lepas berjalan2 di situ, kami lunch dan kemudian menuju ke Pekan Kuah. Mama borong blouse..hehe.. Aku pun rembat 1 baju ni.. Hehe~ Amek ja sbb ada org sponsor =P Kami kemudian ke Idaman Suri, sebuah tempat yang menjual pinggan mangkuk yang cun melecun dan murah2. Bukan pinggan mangkuk ja, boleh dikatakan seluruh isi rumah dijual di situ. Kaum Hawa pegi mmg mustahil la balik tangan kosong =) Mesti ada ja yang berkenan, kalau tak yang mahal, yang murah. Segala Arcopal, Pyrex, Vision dan yang sewaktu dengannya ada di situ. woot woot~~ Aku dan Abah hanya tolong tunjuk yang mana lawa dan jawab 'Ya'..hee~ Mama ada la beli sikit2... Dah lama Mama x beli pinggan mangkuk baru pun..hee~

Ok, settle suma. Kami bergerak ke Jeti Kuah dah la..Balik sudahhh~ Feri kul 5.30.. Aku teringin nak bli hp kt sini.. Mungkin murah jugak sebab kat sini semuanya murah2 sbb x dak tax.. Duty free~ Kereta separuh harga maa... Sebab tu la penduduk Langkawi semua kereta mewah ^^
Kami selamat tiba di Jeti Kuala Perlis kira2 pukul 6.30 ptg. Syukur selamat sampai.. Alhamdulillah kerana masih diberikan rezeki untuk melawat tempat orang =)

Wassalam..


Labels: ,

:: Langkawi~~ Here I come!! :: | (2)

Dataran Lang

Salam... Annyeong haseyo~~

Okeh.. Tau kan burung kat atas tu kat mana..?? hehe.. Pulau Langkawi~~

Semalam aku dan mama tak pi pun dinner tu, segan satu hal la..and mama sakit kepala semalam. So, kami pi hantar abah saja la. Students abah kirim makanan.. Masya Allah... banyak betui. Kami bertiga ja, kalau ada encik Taqi boleh la jugak.huhu~ rezeki..rezeki... Oleh sebab dh lewat malam jugak la, tak elok kan makan banyak2.. Mama suruh aku simpan dalam fridge dulu, tengah hari ni reheat ja. Daging rusa.. pernah makan ke..?? Mama kata sedap, bau wangi sebab rusa makan rumput ja.. hehe.. ye la kot.. Sat gi baru nak rasa.. =P

Lepas solat jumaat nanti insyaAllah kami bertiga nak pi ke Pulau Langkawi.. weeee~~ Abah nak rehat2, dia dah bosan tak tau nak wat apa kat umah...hee~ Pi semalam ja, esok balik la.. Pi jalan2 tepi pantai... lalalalalala~~~ Sukanya aku... I love beach!! Oleh kerana abah masih tak boleh drive, so, kemungkinan besar aku dan mama la yang jadi driver.. hooh~ I like...kekeke~~~ Ok, will update later.. Langkawiiiiiiiiiiiii~~~~~~~~



Labels: ,

:: Hari ini :: | (2)
Salam..

Hari ni baru leh nak start new post memandangkan semalam concentrate kat designing blog aja..hehe.. Dah puas hati. Ok la tu, percubaan pertama.. Thanx a lot to Yuyu-sshi..hee~

Kelmarin, rutinku sebagai driver untuk Abah dan Mama lagi..hehe.. Aku yang excited sbb leh drive. Tak pa, ma.. Tak pa, abah..jangan risau.. Na suka driving~hehe... Abah yang risau sebab keta dia dijahanamkan oleh aku..muahahaha.. Dak la bah, Na drive elok2, elok dari abang drive lg.. =P... Destinasi untuk kelmarin mula dengan Tabung Haji.. Sampai di sana, oops.. Hujan sudah turunnn... Eottoke..?? Agak lebat jugak la.. Cuak gak.. Tak pa, tak pa..try Nina try.. Aku drive penuh berhati2 dan slow jugak la..hee~ Destinasi seterusnya, kedai pintu. Abah p confirm dgn tokei tu suruh mai ukur pintu esok.. Yeay! dapat pintu bilik baru..hahahaha.. Jgn salah sangka ok, pintu rumah yg asal ni diperbuat daripada plywood saja, tak selamat maa.. Oleh sebab itu, Abah ngan Mama decide nak tukar pintu bilik, amek yang kukuh dan comei sket..hehe~
Destinasi seterusnya, dalam keadaan hujan lagi, aku memandu penuh berhati2 ke Pejabat Imigresen dekat Anak Bukit. Sampai di Anak Bukit, hujan dah berhenti.. Lega.. hee.. Pusing2 cari kat mana Pejabat Imigresen ni.. Dengan signboard nya tak dak, aigoo.... Podaaa~~ Parking kat Wisma Perseketuan, pi tanya Pak Guard. Pak Guard kata, nun seberang sana cik. Dekat Wisma Negeri.. Cess betul la depa ni. Kepada pihak kerajaan negeri, sila la pasang signboard besar2 sket. Bukan semua orang tau pejabat ni kat mana, pejabat tu kat mana.. Haiz.. Kami pn pi la kat bangunan nun seberang sana. Ok, naik tingkat 1 untuk bahagian Pasport & Visa. Tiba2 aku ternampak sesuatu yang menarik dan membuatkan aku teruja..hee~ Mesin ini...



Mesin ni untuk amek gambar pasport bg sesapa yang tak tangkap gambar lagi. Aku penah tgk mesin ni dalam drama Jepun ( tak ingat tajuk dia) di mana heroin tu tengah kalut2 nak serah borang permohonan kerja dan dia lupa yang dia belum ada gambar pasport lagi.. Tak pernah tgk mesin ni lagi..hehe.. Mesin yang leh design2 kuar kad tu penah la.. hehe~ Lepas settle abah punya pasport, kami pun balik sebab petang abah ada jemputan hi-tea kat EDC-UUM. Oleh kerana abah masih tak boleh drive, aku dan mama ikut la sekali walaupun kami berdua segan amat. Makan orang serve...wee~~ Malam ni abah ada satu lagi jemputan, tapi dinner pulak..wahwah.. Murah rezeki kami.. Syukur alhamdulillah.. Aku dan mama amat2 keberatan nak join sama malam ni, mula ingat nak p hantar abah saja. Tapi abah pujuk jugak kami pi sebab dia kata dia dah inform students dia yang dia akan bawak anak dan isteri sekali..walah2.. Glemer lagi aku dan mama malam ni... Segan lol~ hihi~~~

Oklah post untuk hari ini.. Untuk dinner malam ni, will update later..
Chalga~~

Labels: