Salam..
Hari ni baru leh nak start new post memandangkan semalam concentrate kat designing blog aja..hehe.. Dah puas hati. Ok la tu, percubaan pertama.. Thanx a lot to Yuyu-sshi..hee~
Kelmarin, rutinku sebagai driver untuk Abah dan Mama lagi..hehe.. Aku yang excited sbb leh drive. Tak pa, ma.. Tak pa, abah..jangan risau.. Na suka driving~hehe... Abah yang risau sebab keta dia dijahanamkan oleh aku..muahahaha.. Dak la bah, Na drive elok2, elok dari abang drive lg.. =P... Destinasi untuk kelmarin mula dengan Tabung Haji.. Sampai di sana, oops.. Hujan sudah turunnn... Eottoke..?? Agak lebat jugak la.. Cuak gak.. Tak pa, tak pa..try Nina try.. Aku drive penuh berhati2 dan slow jugak la..hee~ Destinasi seterusnya, kedai pintu. Abah p confirm dgn tokei tu suruh mai ukur pintu esok.. Yeay! dapat pintu bilik baru..hahahaha.. Jgn salah sangka ok, pintu rumah yg asal ni diperbuat daripada plywood saja, tak selamat maa.. Oleh sebab itu, Abah ngan Mama decide nak tukar pintu bilik, amek yang kukuh dan comei sket..hehe~
Destinasi seterusnya, dalam keadaan hujan lagi, aku memandu penuh berhati2 ke Pejabat Imigresen dekat Anak Bukit. Sampai di Anak Bukit, hujan dah berhenti.. Lega.. hee.. Pusing2 cari kat mana Pejabat Imigresen ni.. Dengan signboard nya tak dak, aigoo.... Podaaa~~ Parking kat Wisma Perseketuan, pi tanya Pak Guard. Pak Guard kata, nun seberang sana cik. Dekat Wisma Negeri.. Cess betul la depa ni. Kepada pihak kerajaan negeri, sila la pasang signboard besar2 sket. Bukan semua orang tau pejabat ni kat mana, pejabat tu kat mana.. Haiz.. Kami pn pi la kat bangunan nun seberang sana. Ok, naik tingkat 1 untuk bahagian Pasport & Visa. Tiba2 aku ternampak sesuatu yang menarik dan membuatkan aku teruja..hee~ Mesin ini...
Mesin ni untuk amek gambar pasport bg sesapa yang tak tangkap gambar lagi. Aku penah tgk mesin ni dalam drama Jepun ( tak ingat tajuk dia) di mana heroin tu tengah kalut2 nak serah borang permohonan kerja dan dia lupa yang dia belum ada gambar pasport lagi.. Tak pernah tgk mesin ni lagi..hehe.. Mesin yang leh design2 kuar kad tu penah la.. hehe~ Lepas settle abah punya pasport, kami pun balik sebab petang abah ada jemputan hi-tea kat EDC-UUM. Oleh kerana abah masih tak boleh drive, aku dan mama ikut la sekali walaupun kami berdua segan amat. Makan orang serve...wee~~ Malam ni abah ada satu lagi jemputan, tapi dinner pulak..wahwah.. Murah rezeki kami.. Syukur alhamdulillah.. Aku dan mama amat2 keberatan nak join sama malam ni, mula ingat nak p hantar abah saja. Tapi abah pujuk jugak kami pi sebab dia kata dia dah inform students dia yang dia akan bawak anak dan isteri sekali..walah2.. Glemer lagi aku dan mama malam ni... Segan lol~ hihi~~~
Oklah post untuk hari ini.. Untuk dinner malam ni, will update later..