Sea of Love

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.

refresh Twitter Tumblr Pinterest Blogskins
tagboard
Credit
Semester baru dan i'm back! | (0)
Assalamualaikum peeps..

Annyeong haseyo!

I'm back to the virtual world.oh yeah! Setelah bersemester2 tak dapat intenet, akhirnya aku decide nak kena ada broadband jugak. Sebabnya, sem ni banyak subjek yang kena research2 dan sangat lah susah kan kalau time nk guna intenet kena trun p lounge, tak pun cc. duit meh. Setelah disurvey2 bband mana yg sesuai, aku decide nak amek celcom skmm punya. Adik aku cakap pun ok, not bad. Dan yeah, i'm back. *macam korang kisah ja aku updet ke tidak kan.haha.biaq ar :P*

Aku kembali ke semester 2, sesi 2011/2012. Start sem ni aku dah ada bodyguard. jeng jeng jeng. Nae dongsaeng! Adik aku dh masuk sini. hoyeah~ Ada legasi keh. Ok done. Sem ni dah stat 3 minggu, dengan dah ada 1 quiz. Seperti biasa, first quiz is spoilt. lalalalala~ Sementara nak dapat mood study kan, lama la sket. Haha. *ayat org malas cmni ar* Dak2.. Sem ni azam nak stat study grup awai disebabkan result sem lepas agak menggembirakan hasil usaha study group. Ngehehe~ InsyaAllah.. kita usaha, Allah bagi hasilnya :) Banyak menanti aku sem ni. Kena slow and steady bebeh~ Baru apa kita buat tu berkualiti :D Perbaiki diri dari semasa ke semasa, semoga menjadi mukmin sejati. InsyaAllah.. :)))

Sem ni subjek2 yang.... biasa la..makin tinggi level, makin tinggi tahap pemikirannya dan makin.... tough? Huhu.. Biasa la, bukan senang nak senang kan? Kena sabaq sikit lagi k? :)

cr: here

Tapi... dalam dok study2 jugak, aku tak mau la jadi macam ni kan? Asyik mengadap buku ja. Tadak life. haha..*macam la aku ni rajin baca buku sgt :P*

cr: here
Jadi, sem ni kena improve diri sendiri, baik dari cara study atau apa2 aspek sekalipun. You are a 3rd yr student already Amanina. Bulan 6 nak kena 'belajaq' keja dah. And you alone there. No Yusro, no Yana, no Yusrina to accompany you there. Aku mengharapkan segalanya berjalan lancar sepanjang Industrial training aku kat TM Alor Setar nanti. heu heu heu .______.

Dan sem ni jugak aku dan cik BFF sambung Photography Skills 2. Yeah. Kami berjodoh betul dengan Cikgu Ashraf. Ngahaha~ Rezeki dapat cikgu gak..hehehe :)) Tadi cikgu brief pun dah macam eksaited ja skill 2 ni. Ia slightly advanced, bak kata cikgu la. Not that advanced, just slightly from what u have learned in Photography Skills 1. Kami akan didedahkan dengan image editing, masuk2 studio, picture processing dan macam2 lagi. Sounds great, is it? :D May Allah ease us!

Photography will be one of our stress reliever :)
cr; here

Last but not least, every steps that we have taken starts with a single step. Don't afraid to walk and take the road less traveled. Put everything in Him and you will find peace. InsyaAllah! 

cr; here



p/s: Jumaat penghulu segala hari. Start amal baca Surah Al-Kahfi ye :))

Labels: ,

:: Kerana sahabat, ahli syurga enggan masuk syurga :: | (0)
Salam ukhwah, salam penuh rahmat pada hari Jumaat penuh barakah ini..

Di sini aku ingin berkongsi satu artikel menarik yang dibaca melalui fb seorang sahabatku. Sama2 lah kita hayati bersama. Moga bermanfaat~



Sahabat… Bila terdengar atau terbaca perkataan ini, aku teringat sahabat lamaku yang telah tiada. Siapa antara korang yang masih belum ada sahabat? Jika masih belum ada, carilah seorang yang benar-benar ikhlas berkawan dan bersahabat dengan kita. Tak rugi kerana bila ada sahabat yang baik, waktu senang dan susah kita pun, dia pasti akan menolong. Sama seperti kisah yang aku akan sampaikan di bawah ni.

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir mengadapNya. Seorang adalah hamba yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba yang derhaka kepada Allah. Kedua-duanya mati dalam keadaan beriman. Lalu Allah menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat itu ke syurga dan memuliakannya dengan firman Allah, “Aku merelakan dia”.

Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Zabaniyah membawa yang seorang lagi ke neraka dan Allah memerintahkannya disiksa dengan siksaan yang amat pedih. Firman Allah, “Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak”.

Orang yang taat kepada Allah sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang diheret ke neraka itu berkata, “Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah aku pertolongan”.

Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya, maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya, “Masuklah ke syurga dengan rahmat Allah”. Orang itu berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga, bawalah aku ke neraka”. Malaikat Ridhwan menjawab, “Aku tak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu”.

Orang itu tetap berdegil dan berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga dan tak mahu juga layananmu”. Setelah itu kedengaran suara yang berkata, “Wahai Ridhwan, Aku maha mengetahui apa-apa yang ada di dalam hatinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri dan kamu akan mengetahui sebabnya”. Lalu malaikat Ridhwan bertanya, “Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga dan mengapakah kamu ingin ke neraka”?

Orang itu menjawab, “Aku tak mahu ke syurga sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke neraka. Dahulunya aku dan dia bersahabat baik di dunia dan dia telah meminta pertolongan dariku supaya selamatkannya dari api neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian, maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke neraka supaya sama-sama disiksa di dalamnya”.

Kemudian kedengaran seruan Allah yang maha memberi rahmat berfirman, “Wahai hambaKu, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka kerana dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari saja. Maka bagaimanakah Aku merelakan kamu masuk ke neraka sedangkan kamu telah mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai tuhanmu selama 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama sahabatmu itu dan Aku telah mengampuninya dan Aku serahkan dia kepada kamu”.

————————————

Apabila aku baca saja firman Allah yang terakhir itu, aku rasa bergetar seluruh badan dan satu perasaan yang tak dapat digambarkan hadir dalam hati dan diri aku. Allah maha pengampun lagi maha pemberi rahmat. Korang dapat rasakan seperti apa yang aku rasakan waktu menulis entri ini? Moga Allah tempatkan kita semua dalam golongan yang beriman dan Dia sentiasa memberi kita rahmatNya. Tanpa rahmat dari Allah, tiada siapa pun layak ke syurgaNya.

Sumber: Himpunan kisah-kisah teladan

لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ




Wallahualam...

Wassalam.. ^_____^

Source: http://www.facebook.com/note.php?note_id=122661527777628&id=1833591854

Labels:

:: Berilah Peringatan :: | (0)
Salam..

[click picture to enlarge]

"Jangan melihat pada orang yang bercakap, dengarlah mesej yang disampaikan olehnya"

Labels: